SESUATU YANG TERISTIMEWA… oleh Diyana Sulaiman

2009 Ogos 31
oleh sanggardebat

saya ingin bercerita tentang seseorang yang mungkin anda pernah temui, mungkin anda kenali serba sedikit tentang dirinya tentang seseorang ini yang pada usia mudanya, ingin sekali bergembira seseorang ini, yang tidak begitu pandai berbicara. yang ketika berada di samping teman-teman lebih selesa mendiamkan dirinya. sentiasa lebih bersedia mendengar, memerhatikan. dalam dunia debat milik kita semua, seseorang ini adalah si buta yang tidak henti mencuba untuk bercerita tentang pelangi. seseorang ini, punya kekurangan pada diri. seseorang ini tidak punya indera yang sempurna seperti mana yang lainnya, yang dengan mudahnya mampu untuk berbicara tentang indah dan rupa pelangi yang dilihat mata. sedangkan seseorang ini, sebagai si buta, perlu lebih berusaha. dan dari ilmu yang diberikan oleh guru, bual bicara bersama teman-teman, si buta ini tahu pelangi itu ada tujuh warna pelangi ini muncul saat titis hujan berganding cahaya mentari dan lebih lagi. di dalam debat, pasti ada yang lebih mengetahui dari kita. pasti ada yang lebih hebat dalam tingkah bicara, pasti ada yang lebih jelas pemikirannya pasti ada seribu satu beza yang membuatkan kita berasa terkebelakang, yang buat diri kita seolah punya pelbagai cela. mungkin ramai di kalangan kita adalah seseorang ini. seseorang yang punya sedikit kelemahan pada diri. seseorang yang punya segala sebab untuk tidak berupaya berdebat dengan kehandalan seperti mana lainnya.

Saya adalah salah seorang daripada anda. saya punya kelemahan pada diri, justeru ketika saya masih berdebat untuk universiti dahulu, saya bukanlah pendebat yang handal. saya sentiasa kagum dengan kesemua pendebat lain, kerana bagi saya, mereka umpama manusia yang dilahirkan dengan indera mata, sedang saya tidak ubah seperti si buta yang mencuba untuk bercerita tentang warna pelangi pasti cerita dan bicara mereka, lebih baik berbanding saya, itu kata saya dalam hati. yang penting, saya punya peluang yang sama seperti mereka, untuk bercerita tentang pelangi yang sama. dan peluang itu yang perlu digunakan sebaiknya. jadi, tidak mengapa jika anda semua punya serba sedikit kekurangan. tidak mengapa.

-diyana sulaiman-

USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009

2009 Ogos 5
oleh sanggardebat

Salam.

Pihak Sanggar Debat memanjangkan surat makluman Pn Mazlena Mohamad Hussain (Ketua Hakim Debat Kemerdekaan 2009) berkaitan usul seperti dibawah:

Salam,

Attached is a copy of the list of topics for the coming debat arkib di
USIM from 14th – 18th Aug 2009.

Mode of selecting the motions will be as usual i.e. three topics will be
selected and it is up to the debaters to decide the topic to debate on.

Please be informed that the topics given are actually subjected to the
approval of the Minister Dato’ Seri Utama Dr. RAis YAtim. There is a
possibility that some of the topics might be slashed or new topics added
by him. I will inform you if there are any changes to the topics.

Puan Samiha from ANM will try to fax the topics to you asap.

Please do not hesitate to contact me at… (pihak sanggar debat akan memanjangkan sebarang pertanyaan kepada beliau) if you have any query regarding this
matter.

I would appreciate it very much if you could forward this information to
your fellow friends from other IPTA/IPTS/IPGM as I do not everybodies’
email address.

Thank you.

Yours,
Mazlena Mohamad Hussain
UIAM

CADANGAN USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009.

GAGASAN SATU MALAYSIA.

  1. Kita perlukan 1 Malaysia

2.         Satu Malaysia Asas Perpaduan

3.         Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan

4.         Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian

5.         Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.

  1. Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
  2. Negara bangsa : Kita semakin jelas.
  3. Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
  4. Politik baru, resipi kelestarian negara.
  5. Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
  6. Pengundi Malaysia masih belum bijak
  7. Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
  8. Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.

1                    Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.

2                    Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik

3                    Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.

4                    Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.

5                    Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.

ISU KEMERDEKAAN.

1.         Kemerdekaan Negara dihargai

2.         Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.

3.         Kemerdekaan membawa kebebasan.

SOSIAL.

  1. Integriti membina perpaduan.
  2. Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
  3. Media alternatif mengancam perpaduan.
  4. Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
  5. Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
  6. Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
  7. Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
  8. Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
  9. Sejarah kita disalah guna
  10. Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.

  1. Subsidi masih relevan.
  2. Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam.

3.   Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara

UPM JOHAN DEBAT ALAM SEKITAR!!!

2009 Julai 28
oleh sanggardebat

2009 adalah tahun cemerlang UPM. Selepas Diraja dan FOMCA, hari ini (28 Julai 2009) bertempat diUTP, pasukan UPM sekali lagi mengungguli arena perdebatan.

Gandingan emas Sham Amar Amir sekali lagi membuahkan kejuaraan apabila UPM menumbangkan MMU di perlawanan akhir. Sejarah tersendiri juga dicipta oleh UPM kerana inilah kejuaraan Debat Alam sekitar ketiga selepas 15 tahun (kali terakhir UPM menjuarai debat alam sekitar ialah pada 1994). Kejuaraan debat seterusnya ialah debat kemerdekaan di USIM pada bulan Ogos nanti sebagai kejohanan terakhir dalam kalendar MADUM bagi tahun 2009 sebelum kalendar debat 2010 akan dibuka oleh Debat Diraja Di UM pada bulan disember nanti.