Serena, Adebayor… Selamat Hari Raya..
![]()
Cerita Serena William dan Emmanuel Adebayor dalam Tenis Terbuka U.S dan Liga Perdana Inggeris adalah tentang sikap dan nilai. Sukan antarabangsa dan kesungguhan para pengendali dan pengurus sukan menjaga sikap dan nilai. Dipandangan mata kasar, apa salahnya meragui atau membantah keputusan pengadil. Apatahlagi bergembira selepas menjaringkan gol.
Tetapi cara tindakan dan perlakuan itu yang boleh ditimbang. Cara mengawal dan mengurus perasaan. Dalam debat, samada perlawanan atau persahabatan sekalipun dalam pergaulan harian pastinya akan ada hati terluka, ada rasa kecewa yang mungkin kemudiannya menjadi sengketa. Mengapa dicari derita atau dipanjangkan duka. Telan saja pahit, buang saja perit. Biar betul caranya.
Dalam dunia perdebatan, persahabatan dan hidup seharian kita mungkin diposisi penjaga garisan dalam perlawanan separuh akhir Serena Williams, atau penyokong Arsenal dan pengadil perlawanan Liga Perdana Inggeris itu atau kadangkala kitalah Serena Williams dan Emmanuel Adebayor. Sikap dan nilai…

Maaf Zahir Batin… Salam Aidilfitri
SANGGAR DEBAT…

menarik~
Masa tengok Serena maki line judge tu memang seram. Habis-habisan dia serang.
salam aidilfitri. maaf zahir dan batin.
ikhlas dari,
sekretariat debat bm universiti tun hussein onn malaysia.
salam aidil fitri buat moderator sanggar debat.
untuk pengetahuan saudara/i PuSPA IPSMB telah bertukar link iaitu http://puspa-ipgmksm.blogspot.com/
SALAM BUAT MODERATOR SANGGAR DEBAT
blog PuSPA IPSMB telah bertukar url iaitu http://puspa-ipgmksm.blogspot.com/