KESEMPURNAAN ADALAH SATU PERSPEKTIF… Diyana Sulaiman

2009 Jun 23
by sanggardebat

kesempurnaan adalah satu perspektif.
kadangkala, kita terbawa-bawa (dibawa) dengan satu persembahan yang kita saksikan, yang kita rasakan seperti seperti sempurna. yang bererti begitu memuaskan hati kita. seolah-olah pendebat yang kita saksikan berdebat sebentar tadi, pastilah tidak boleh melakukan lebih baik lagi dari apa yang telah dilakukannya sebentar tadi.

namun, bagi pendebat itu sendiri, yang ditakrif sebagai sempurna perdebatannya dalam pusingan itu, akan mengetahui, bahawa banyaknya lagi yang boleh dilakukan – dan perlu dilakukan untuk membaiki mutu perdebatannya. banyaknya lagi yang telah dia terkhilaf, saat perdebatan itu berlangsung.

bagi mereka yang melihat debat secara objektif, yang mengetahui apa yang perlu dipenuhi, apa matlamat perdebatan dan persoalan-persoalan yang perlu dijawab, dan sebagainya, pihak ini akan mengetahui bahawa sesuatu perdebatan itu berlangsung secara objektif.

usaha untuk memenuhi tuntutan debat yang objektif, juga, bukanlah satu usaha yang mudah.

namun, usaha untuk membaiki diri, dan usaha untuk membaiki kualiti perdebatan yang dipersembahkan, wajar untuk diberikan pujian. berilah sedikit penghargaan kepada diri sendiri untuk usaha yang telah anda lakukan.

berilah sedikit penghargaan kepada diri anda untuk kesungguhan merentasi segala batas kemustahilan yang mungkin bermain-main di fikiran anda.

berilah sedikit penghargaan kepada diri anda atas keberanian mencabar diri sendiri memikirkan dan melakukan sesuatu yang berbeza dari sifat umum, dan kebiasaan khalayak ramai.

saya telah memberikan keseluruhan (dan lebih lagi) rasa penghargaan saya kepada kesemua yang berada di sisi saya semasa saya berdebat untuk universiti. tidak dapat ditunjukkan, tetapi di dalam hati saya rasakan.

saya telah memberikan keseluruhan rasa penghargaan saya kepada mereka yang saya kasihi, dan yang mengasihi saya, kerana dengan kasih sayang mereka, saya beroleh kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

saya telah memberikan keseluruhan rasa penghargaan saya kepada mereka yang memberikan ilmu dan pengetahuan kepada saya, kerana dengan ilmu mereka, baik hanya dengan sebaris kata, saya beroleh panduan untuk berfikir.

dan saya tidak menyimpan apa-apa, walau sedikit pun, untuk diri saya sendiri.

perspektif saya, debat itu tidak sempurna. persembahan saya tidak pernah sempurna. entri ini tidak sempurna. namun hargailah kesemuanya, meskipun hanya dengan sedikit penghargaan. kepada semua perkara yang tidak sempurna, dan terlalu banyak celanya itu.

hargailah segala-galanya. sebagaimana saya masih mencuba. ayuh…? :)

diyana sulaiman

Satu Respons leave one →
  1. 2009 Jun 25
    mohd permalink

    10q,.bnar,,xpnh ad ksmpurnaan dlm debat..
    dan kita sering tercari2 dmn ksmpurnaanya,,,
    smkn kita mncri smkn byk pula klmahan yg kita temui,,
    pendebat baru bljar,,

    kpd yg sdg mncri pkrjaan,,
    anda boleh la mmbc bbrapa tips ini..
    sgt bguna dan bmakna
    ini link nya..
    http://www.amoreperse.blogspot.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS