JOHAN DEBAT DIRAJA MENGESAHKAN KUASA!

2009 Jun 22
by sanggardebat

UPM atau secara khususnya gandingan Sham Ammar Amir mengesahkan status Johan Debat Diraja 2009 apabila mengungguli pertandingan Debat Kepenggunaan yang berakhir semalam (21 Jun 2009) du UTHM.

Pasukan UPM menewaskan UKM pada pertandingan akhir dengan usul Kuasa Pengguna hanya pada suara. Sepanjang pertandingan, pasukan UPM memenangi kesemua perlawanan peringkat awal sebelum menewaskan USM di suku Akhir dan UTP di separuh akhir. Manakala UKM pula mengenepikan UIAM di suku akhir dan menyekat kemaraan UiTM pada separuh akhir. Manakala dua pasukan lain yang kandas di pusingan suku akhir ialah Institut Pendidikan Guru Islam dan tuan rumah UTHM.

Pertandingan ini meriah dengan kehadiran pelbagai institusi pengajian ditambah kunjungan delegasi pemerhati dari bahas 4pm dari Singapura.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini…

2 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 29

    tahniah buat upm…
    kuasa di tangan anda.
    gandingan yang mantap~

  2. 2009 Julai 3
    laila permalink

    tahniah buat upm…
    ari tu saya tgk perlawanan tu..
    ..tingkatkan mutu n prestasi
    ukm pun satu team yg hebat…
    tringat perkataan “KONGRES” yg sebenarnya “GORES”
    anyway, congrats 4 both teams

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS