DEBAT PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL 2009: KEPELBAGAIAN DI BUMI KENYALANG
Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009 melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan pada 16 Jun 2009. Bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menggalas tugas cemerlang selaku tuan rumah pertandingan kali ini.
Warna-warni Debat Perpaduan 2009 bukan sahaja dilihat daripada kepelbagaian kaum dan etnik pendebat yang mewakili universiti masing-masing, malah turut dirasai melalui penyertaan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang pelbagai: Multimedia University (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Taylor’s College, Management Science University (MSU), Lim Kok Wing University of Creative Technology (LUCT), University College Sedaya International (UCSI), dan Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Para pendebat berkampung dan bertarung di UNIMAS, serta berpeluang melawat Kampung Budaya di Santubong bagi mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak dengan lebih dekat.
Pertandingan ini dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA Malaysia (UITM). Universiti Malaya (UM) pula muncul naib johan dalam pertandingan akhir yang mengetengahkan usul ‘Politikus Punca Masalah Perpaduan Kaum di Malaysia’.

pencetus dan pemula..
TAHNIAH kepada semua ya.peace world!