PROGRAM BAKTI DEBAT UITM-UMT

2008 Januari 22
by khairulnizambakeri

Pada 18 hingga 20 Januari 2008, satu program latihan debat berkembar dijalankan antara Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program yang dikenali sebagai Program Bakti Debat ini diadakan di Medan Syarahan Barat, UMT.

Kira-kira 30 orang peserta terdiri daripada para pendebat UiTM dan UMT mengambil bahagian dalam program ini. Program satu hari ini menekankan latihan daripada aspek-aspek asas dalam perdebatan seperti pembinaan kes, penghujahan, gaya dan penyampaian, bidasan, dan banyak lagi.

Sesi latihan ini diketuai oleh jurulatih UiTM, Encik Ahmad Badrulhisam Che Kasim dengan kerjasama penasihat Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) UMT, Puan Rozita Jayus.

Program ini bolehlah dikatakan unik kerana jika sebelum ini pendekatan yang digemari oleh masyarakat debat ialah perlawanan persabahatan antara universiti, maka program ini mengorak langkah dengan dua buah universiti berkongsi kepakaran, ide, perspektif, dan pendekatan masing-masing dalam dunia debat.

Para peserta tidak hanya berdebat, malah bersilaturahim antara satu sama lain dengan aktiviti-aktiviti lain seperti perkelahan di pantai dan juga majlis makan malam barbeku dan ramah mesra bersama penasihat DEMI.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada UiTM dan UMT atas kerjasama cemerlang ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan diperluas dalam kalangan masyarakat debat. Sewajarnya ilmu debat yang rencam dan mencapah ini kita kongsi bersama.

Terima kasih UiTM. Terima kasih UMT.

7 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 22
    ack6 permalink

    Tahniah dunia maya…

    KNB: Terima kasih.

  2. 2008 Januari 22
    samuel_sam permalink

    x tau pun tau….
    tup tup dh sampai sane….
    sedih tau…hehehehe…

  3. 2008 Januari 23
    little purple permalink

    sesuatu yg patut dteruskan
    syabas umt n uitm

  4. 2008 Januari 27

    thanks sebab buka mata kami

  5. 2008 Januari 30
    jijah permalink

    thanx a lot UiTM…
    hopefully, evryone grab sumthin from this progrm….(”,)

  6. 2008 Februari 15
    walid permalink

    upnm pun trgn nk blajar ngn uitm…
    cmana nak wat program mcm umt ngn uitm wat ek..
    bg la guide…
    ktorg pn nk cr cikgu dbat jgak…
    heeee

  7. 2008 Ogos 3

    TAHNIAH,kerana membuka ruang untuk perkongsian ilmu antara IPTA.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS